Saturday 23 June 2012

Bagaimana cara nak diet?

Salam readers,

korang semua mesti teringin nak kurus kan.nak jugak nampak slim macam orang lain,nanti boleh pakai baju kebaja. Kalau nak pergi London Weight Management macam mahal sangat kan, sampai mencecah rm5,ooo +++. kalau korang ni kaya boleh la nak spend duit  pergi sana, tapi kalau student2 yang tengah belajar ni, hampehh la.

Tapi jangan risau, ada banyak cara yang kita boleh usahakan nak jadi kurus, takperlu makan pil2 pelangsingan bagai tu.kita guna cara yang takde kesan sampingan.

jom ikut aku masuk ke dunia orang2 yang sedang amalkan diet ------------------------>

MAKANAN

cara yang paling berkesan, sila stopkan pengambilan nasi buat sementara waktu. peringatan ini penting untuk mereka yang betul2 gemuk.Walaupun cut nasi tapi still boleh makan salad, tomato, bebola. hotdog or apa saja yang direbus bukan digoreng. jangan sentuh langsung makanan yang masak guna minyak

breakfast 

 lunch
 
 dinner

sila minum air masak sebanyak yang mungkin dan jangan minum air yang ada ais. Pokoknya. minum air masak je okay! ni cara yang betul taw.  bukan main2.

BACA BUKU

baca buku? asal plak suruh baca buku ni? HAHA, maksud aku baca la buku2 yang dapat bantu korang turunkan berat badan. baca la macam mana nak tahu pasal kalori,fat,carbohydrate dan protein dalam setiap meals yang kita makan



EXERCISE



tengok la betapa semangatnya kakak ni jogging. kalau korang rasa tak larat sangat, jogging slow slow. tak pun walking dulu ke? tapi tapi kena constant okay. jangan pulak hari ni pergi, esok tak pergi. kalau boleh setiap petang.

Selain jogging, korang pun boleh main tali skipping, swimming ataupun lakukan fitness dalam gym. semua cara ini membantu. InsyaAllah.

Korang jangan ingat sacrifice seminggu dapat hasil yang memberangsangkan sebab cara2 yang aku bagitahu ni perlukan kesabaran yang tinggi. kalau boleh bertahan la selama 3 bulan.  Mungkin first2 tu rasa nak give up giler. tapi try la cari kawan yang dapat bantu naikkan semangat korang. okay:). selamat mencuba

kenapa perlu bersukan?

assalam ya zalami(salam wahai kawanku)

2 3 bulan ni aku suka sangat bersukan. Petang2 dalam pukul 6, aku dan ain suka la pergi jogging kat taman sebelah Intec ni. Ramai jugak la orang kat sini. seronok tengok diaorang main. kanak2, remaja dan yang paling menakjubkan tengok orang tua bersukan. Remaja2 ni kebanyakannya melepak je. Lumrah dunia la. Apabila dah tua, baru nak jaga kesihatan. salah taw konsep tu.

Kenapa kita perlu bersukan?

1. sukan dapat menyihatkan tubuh badan *common words,haha

2. bersukan dapat bantu korang cerdaskan otak untuk berfikir. maklumlah, kita ni kan student,so , takkan lari daripada perkataan belajar


3. bersukan dapat meningkatkan stamina badan.#dulu, aku ni kalau jogging je mesti nak muntah, tak larat giler. tapi sekarang jogging 5 round pon tak rasa letih. tapi kena constant la.. jangan semangat awal2 je. last2 dah malas.


4. bersukan jugak dapat membantu peredaran darah sampai ke otak. nak bagi oxygen sampai ke otak. oxygenated blood


5. kalau ada antara korang yang nak kurus tu, bolehla rajin2 kan diri bersukan. taksemestinya diet je taw.

6.orang yang bersukan jugak tak mudah rasa letih.. rasa macam cergas je sepanjang masa

sebenarnya banyak lagi kepentingan bersukan ni tapi kalau nak suruh aku senaraikan, alamaknya sampai esok la tak habis.

tengok la gambar pasukan basketball Intec.*haha, bajet je kan . Selain jogging, aku suka main softball, basketball, badminton dan volleyball. tapi yang paling aku minat, main softball la


pasukan basketball intec , juara berturut-turut.*okay, ini menipu

Wednesday 13 June 2012

kami berjumpa lagi, MY BESHTISH

assalam kawan2,

excited, teruja, gembira sangat2 hari nie. sebab aku berjaya jugak jumpa my best friend, Erra setelah sekian lama tak ketemu. cewahh! ayat aku nie macam dah bertahun tahun, padahal baru beberapa bulan. HAHA, over je lebih. takpe la.. excited sangat nie.

kami :) KTM ni memang bapak kami punya!

Aku, nailah, ain, tuppy ngn ily nak tengok movie, so kitaorang pun pegi la subang parade sebab mall ni paling dekat. Almaklumlah, nak jimat duit la katakan. kat sana la i meet Erra. Aku, Erra ngn Ain tengok citer men in black. korang dah tengok? Ily, Nailah and tuppy tengok citer snow white tu. Best la jugak :). Mula2 tengok tu macam tak paham sangat sebab kitaorang masuk panggung tu lambat sikit. HAHA, sempat lagi pergi bershopping sementara nak tunggu tadi..

tengok nie, sempat lagi kami amik gambar kat bawah jambatan masa otw nak pergi subang parade.


stylo! gambar nie =___= 



gambar myspace!


sempat jugak posing . i like.i like


kitaorang balik lepas maghrib. Erra follow aku balik intec, seludup masuk and tido kat kolej aku. HAHA, nasib baik tak kantoi. sorry yerp pak guard. !

Thanks kawan2. i reaaly love this day. seronok la weh.. 


KOPITIAM PAK LI, pernah try?

salam readers,

aku ni kalau pasal makanan cepat je. HAHHA, hari nie aku nak promote tempat makan which is kopitiam pak li. pernah tak korang pergi makan kat sane? seksyen 18, shah alam. Ada tanda daripada jalan2 cari makan lagi tu, so kitaorang bajet makanan kat sini mesti best punye.

Apa yang special sangat kat sini? Setakat ni aku rasa nasi ayam lemon kot yang best. Harganya pon berpatutan berbanding kopitiam yang lain.Ramai la pelanggan kopitiam nie. meriah la plak time2 malam cam gini.

aku pun first time datang sini. tu pun sebab kawan2 aku nie excited sangat nak try masakan kat sini. HHAHA, so, apa lagi terjah je la. Aku order mango juice. tapi macam masam sangat lol. tapi kalau yang ice blended punya best. try la.

with nailahh.:)


Saturday 9 June 2012

my new friend, AIN KZUE:))

Assalamualaikum kawan,

Ahlan wassalam yang akhi.. words from bahasa arab. HAHA.. baru start belajar bahasa syurga ni. Eh,  cuba baca title blog aku kat atas ! my new friend? yes! Ain namenya. HAHA, aku kenal dia nie kat intec la. Dia ni budak terengganu jugakk.. boleh jadi geng la! satu kepala.

kenapa aku suke kawan ngan dye eh?? cuba teka, HAHA. okay2.. lets check it out

1. sebab dia ni happy go lucky

2.Ain macam erra. sape erra??? LOL.. erra tu kan beshtish aku. kan dah bagitaw lam post2 yang lepas. lupe lettew.

3. sebab dia ni kalau suruh teman pergi mana2 , dia on je,, i like :))) i teman u, u teman i yerpp. HAHAH

4. Ain ni kecoohh,, HAHA,, kalau dalam sehari tu dye diam je, mesti ada something wrong somewhere la tu

5. korang nak tahu tak? Ain ni ada syokk kat someone taw. takpernah2 dye blushing, tetibe je jumpe budak tu , pipi dia jadi merah..HAHA.. lawak giler wehh

6. Tapi, ain ni kalau barang dye hilang, pergghh memang muka stress giler a.. rela tak makan lol. nasib baik dia ada kawan yang baik suruh dia doa banyak2.. *perasan gler!

7. Best jugak study ngan dia nie. penerangan dia nie jelas dan senang nak faham. not bad friend :)

8. Peramah orangnya. semua orang la dia tegur. even tak kenal pun dia tegur. HAHA,, aku nie shy shy cat kot. kalau jumpa orang for the first time mesti tak banyak cakap

9. orang kurus tapi makan banyak* untung la rate of metabolism tinggi 

10. suka sangat basuh baju. Aku pon tak paham asal dia ni rajin sangat. HAHA





kami nie memang gila gambar!! 


Dah kenal kan ain? tu la kawan baru aku kat intec. nsib baek tak bosan sangat duk sinio. yes! i love it


 

Saturday 2 June 2012

kehidupan baru akan bermula

Lama gila tak update blog nie! rindu2, HAHA. i'm officially in INTEC. Baru jer my mom datang hantar laptop. tapi tak kasi broadband. sob3. so, memang susah la kot nak online. Intec,! first impression. buruk jugakk lol. yer la bangunan lame kot. tapi tak merungut okay! tapi tapi tapi , letih la nak turun naik turun naik dari tingkat 5.

ni kawan baru, namenya Ain. 

Homesick? tak kot. sebab dah 5 tahun kan duk hostel. dah biasa la. and yang bestnya kami bebas.. HAHA.. takde orang nak marah yer. Asrama kat sini seksyen 18. tapi kena naek bas pegi seksyen 17. first time tengok bangunan intec macam terkejut jugak. macam bangunan sekolah rendah. Back to the primary school!! satu kelas ada 33 orang.

Sini, kebanyakkan students pakai jilbab labuh tu. ye la, ni kan program middle east, no wonder la. huhu.. Jadi, kita kena ikot la rentak diaorang, mana tahu one day jadi macam diaorang ke kan. HAHA, ape eh peribahasa tu,masuk kandang kambing mengembik , masuk kandang harimau, mengaumm eh? HAHA.. apa2 je la

Alhamdullilah, rezekiku medic jordan

Assalamualaikum semua,

Ya Allah, bersyukurnya dan gembira sangat sangat. Akhirnya impian aku nak melanjutkan pelajaran ke luar negara tercapai jugak. Ni la impian dan cita-cita aku sejak form 1 lagi. tapi mungkin negara  je berbeza. Aku teringin sangat nak pergi russia tapi dapat jordan.LOL.. actually jordan is much better than russia kan.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita semua. First2 aku check link mara tu aku tak dapat taw. so, kecewa la jugak. tapi takde la sampai nangis2 sebab aku percaya rezeki tu ada kat mana2. Then, baru2 ni mak aku check aku dapat. seriously memang tak percaya.


Ni la permulaan hidupku yang baru. Walaupun rasa macam takut, cuak nak amik medic ni sebab aku nie ada satu problem yang sampai sekarang masih menjadi-jadi lagi which is 'minah pelupa' okay.tapi aku perlu buktikan pada semua orang aku boleh lakukannya.

Program ni under JPA. Foundation kat INTEC selama 4 bulan. InsyaAllah bulan 9 ni aku fly ke Jordan, 6 tahun. Bermula lah hidup aku sebagai pelajar medic. aku hanya minta pertolongan daripada-Mu Ya Allah, semoga perjalanan hidupku ini dipermudahkan. Amin