Wednesday 23 May 2012

sambut birthday plus last day hangout

hello.hello and hello

last day hangout? LOL. sedihnya. 2 3 bulan ni kitaorang selalu kuar sama2. makan, bowling, lepak pantai, lepak rumah, karoeke and banyak la. boleh katakan setiap hari kitaorang keluar. duit poket pun makin tipis. kuikui. tapi best la. enjoy. so hari nie, seperti yang dirancang kitaorang sambut birthday nisha dan qori kat KFC.

kitaorang makan kek chocolate indulgence( my favorite) yummy2. tapi nisha, shah dan qori makan tak abis pon. HAHA..

pinggan aku warna hijau

comel kan. warna warni pinggan kitaorang



tu la nisha, comel kan. sebelah dia tu shah bukan qori. sweet :)

Kenyang giler makan. then aku bagi hadiah kat diaorang nie.. Due2 orang aku bagi baju, birthday boy and birthday girl sebagai tanda kenangan yang terakhir. sob3. sedih taw.lagi sedih biler gamba yang aku amik tu tak boleh bukak folder dalam pendrive. ntah macam mana boleh hilang.

nasib baik gambar qori pakai baju yang aku bagi tu masih ada

 
 tadaa. ni la dia. baju superman. Nisha pon aku bagi baju superman. adil dan saksama.HAHA.. semoga hubungan persahabatan kita ni akan kekal sampai bila2.After makan2, kitaorang main bowling. as usual aku kalah lagi.tapi takpe.korang tunggu. nnti tengok la. aku pasti menang , HAHA *angan2 je lebih



Wednesday 16 May 2012

remaja dan tingkah laku mereka

salam readers.

Kalau bercakap tentang remaja, percayalah setiap insan akan mengalami zaman ini. sekali dan selamanya *macam moto PSM, akademi memandu a plak. tapi itulah hakikat sebenar . Bagaimana cara untuk kita laluinya itu terserah pada diri sendiri.

Aku yakin remaja tidak boleh lari daripada perkataan ini 'suka memberontak'. sebab realiti hidup sebenar, setiap yang ada dalam kalangan kita ini sering kali ingin mencuba sesuatu yang baru dan keinginan kita itu tak ada sorang pon boleh halang termasuk mak bapak kita,right?



semakin kita membesar, semakin kita mengerti. Pemikiran kita juga akan menjadi lebih matang.Ya!Bergurau dengan kawan dan ketika bersama dengan family itu lain cara dan perwatakannya. bukan hipokrit namanya. Cuma itulah remaja yang sebenar. Remaja yang lebih terdorong bersama rakan-rakannya

Monday 7 May 2012

UPU , menyebelahi nasibku

Assalam semua,

Tepat pukul 12 tengah hari tadi, kami, pelajar2 lepasan SPM 2011 berpusu2 bukak link UPU, nak check dapat ke tak.macam nak masuk stadium tengok bola he, semangat je kiteorang tunggu sejak semalam lagi. Penantian itu satu penyeksaan, tahu tak? HAHA,, tapi, alhamdulillah. keputusannya tidak mengecewakan,


Alhamdulillah. ni first choice aku. Satu universiti dengan kakak aku. Tapi aku still tunggu yayasan terengganu dan mara punya interview. Saya harap sangat, saya berjaya. Doakan yer.

Tapi, kepada yang tak dapat lagi tu, jangan risau. Allah telah merancang sesuatu yang terbaik untuk anda semua. Percaya dan yakin lah. InsyaAllah, rezeki ada dimana mana saja. Jangan berhenti berdoa dan berharap.


Thursday 3 May 2012

awal ashaari dan scha alyahya

hello readers

jangan lupa saksikan majlis pernikahan awal ashaari dan scha alyahya di astro ria dan astro awani hari ni taw, 4 mei jam 9.00 malam. Seronok giler tengok diaorang ni. Sweet sangat!

Yup, awal yang spoting plus dengan scha yang giler2. Apabila mereka bergabung, sudah tentu akan menghasilkan keluarga yang bahagia *HAHA, ecah dah start nak merepek.,  Okay! semoga kalian berdua bahagia dan kekal sehingga akhir hayat. amin :)

 Jom layan gambar photoshoot schawal hasil kerja berpasukan dari CandidSyndrome. Mereka menggunakan teknik pengolahan warna yang extreme bagi menaikkan mode retro dan klasik. Cantik dan bersahaja dengan berlatarkan stesen kereta api.



Awal mengenakan kostum bertemakan kepahlawanan dan scha pula bergaya dengan kebaya ketat


aku paling suka gambar ni, background yang digunakan sangat awesome

scha dah macam princess kot


gambar ni ala2 tahun 60 an. klasik! sangat menarik

okay! tu je kot yang aku nak kongsi dengan korang. Tengok pada cara dan gaya mereka ni, macam ada keserasian. So, sama2 la kita berharap agar masjid yang dibina ini tidak akan runtuh :)

Tuesday 1 May 2012

jamuan makan hari pekerja

salam readers,

Hari ni aku pergi jamuan makan kat rumah kawan . Jamuan sempena apa eh? HAHA, aku sendiri pun tak tahu. Aku rasa mama kawan aku ni rajin sangat kot. Ye la, hari ni kan hari pekerja, hari cuti. sebab tu kot dia ajak kitaorang pergi makan. Rezeki depan mata. siapalah berani tolak kan?

err... dah macam mak datin je ak ni

ni la kawan2 aku

yang tengah tu la tuan rumah :)
terima kasih yerp ajak aku makan

tembam gilakk aku *as usual




kitaorang dah nak balik tapi farah baru je datang *sempat jugak ambik gambar

conclusion nya, aku kenyang makan nasi dagang dan 3 kali refill air. Dahaga betul nie. biasalah Malaysia kan panas>so hot<.