Tuesday 24 July 2012

ulasan arsenal vs malaysia

Assalam semua.

pergi bukit jalil tak semalam? tengok arsenal vs malaysia. *ehem ehem, aku peminat setia arsenal. tapi tak pergi pun stadium. sebab nak terawihh kan. so, aku lebih prefer terawihh kot.. After terawihh tu, apa lagi serbu kedai makan a. HAHA,, tengokkk bola.:)), best giler


From apa yang aku tahu, arsenal adakan friendly match nie sempena Arsenal Tour 2012 sebab nak dapatkan sokongan daripada rakyat - rakyat Malaysia terutamanya penyokong setia Arsenal. Keputusan rasmi semalam Arsenal - 2 , Malaysia - 1.

Walaupun Malaysia kalah, tapi aku cukup berbangga dengan corak permainan yang ditunjukkan olehh pemain2 Malaysia dimana di awal permainan, Malaysia mendahului dengan 1-0. Bukan senang untuk pemain Asia memberikan saingan hebat pada kelab - kelab europe ni.. Tahniah Malaysia. Penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias sangat cekap menghalang bola daripada masuk ke dalam gawang Malaysia. Syabas.

Sebagai penyokong setia Arsenal, aku harap prestasi yang lebih mantap dapat ditunjukkan dari semasa ke semasa *perghhh ! dah macam pengulas bola betul2 nie,HAHA

Tengok gambar ni----------------------------------------->

semangat tak kami? aku pegi kelas pakai baju arsenal while nailah and moyy pakai baju malaysia






Friday 20 July 2012

kenapa perlu marah jika kita diajar supaya bersabar?

salam readers,

selamat berpuasa kepada semua umat Islam diseluruh dunia. Jangan nak memandai je puasa tipu2 eh, INGAT! ALLAH nampak tu. kalau girls tu dibenarkan la. pada kaum Adam nie! gentle la sikit. Malu la kalau korang tak puasa, berdosa tu satu hal. Ni, nampak sangat korang adalah antara insan2 yang lemah. perempuan pun boleh, laki apatah lagi kann, so! kuat kan semangat! we can do it!

topikk hari nie,,~

semua orang ada perasaan marah, yeddookk?? kalau boleh setiap hari rasa macam ada je benda yang salah. ini salah, itu salah, nak salahkan orang ni, nak salahkan orang tu, kan kan kan, normal la tuu! tapi ingat lar kawan kawanku yang comel lottew, kacakk bergaya! kita juga diajar supaya bersabar!

kalau sorang jadi api, sorang lagi kena jadi air la. kalau dua2 jadi api, alamatnya meletupp la kawasan tu.HAHA. bersabar yang macam mana tu? macam ni, kalau orang yang tengah bercakap dengan kita tu tengah marah giler or bengang giler, kita senyap je.



senyap tu bukan bererti kita kalahhh okay! itu bermakna kita bagi peluang pada dia untuk berfikir. Betul ke tak apa yang dia cakapkan tu, sebab kadang2 tengah marah nie, kita tak boleh berfikir seperti manusia normal. 

Situasi seterusnya ialah ketika mana kita pulak yang sedang marah, pergghh! panas panas! rasa macam nak tarik je rambut dia ni, plus nak pancung je kepala dia ni 44 kali kan, HAHA tapi gembirakah kita dengan kemarahan yang kita lepaskan tu? emosi kan boleh dikawal #fact. so kenapa kita tak memilihh untuk hepi je dalam apa2 situasi. kan kan kan. chillaxx okay!

Sunday 15 July 2012

cinta dan remaja

assalam :))

hari ni birthday aku, promote birthday plak. HAHA, saje je cakap. takde kena mengena antara yang hidup atau yang mati pun.eh, awak awak,tengok topik kita hari ni, CINTA DAN REMAJA ! menarik tak? okay! let's start the story.

setiap manusia takkan lari dari perasaan suka mencintai dan suka dicintai. itu lumrah dan kita tidak boleh menghalangnya melainkan paderi. dan setiap manusia memerlukan pasangan hidup masing2 untuk saling melengkapi. Kita pun tahu kan hawa diciptakan dari tulang rusuk adam tapi kita juga diberikan akal untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.

remaja ! yes, kita adalah remaja. Sudah pasti nafsu kita sangat la tinggi. nafsu makan, nafsu nak shopping *sila terasa, nafsu tidur. semua tu nafsu! tapi kawal oke dude!

sekeping hati wanita 
Kita tak tahu siapa jodoh kita tapi apabila rasa dialah yang terbaik untuk menjadi imam kita, berdoa la pada Allah. nescaya Allah akan mendengar doa hamba-Nya. cari lah seseorang yang boleh membahagiakan anda dan boleh memberi semangat kepada anda :)) rupa tu perlu gak tengok tapi hati tu laaagii llaaaggii penting!

Allah dah rancang sesuatu yang terbaik untuk kita. kan kan kan :)Ni peringatan untuk diri aku sebab aku ni insan yang lemah yang sentiasa melakukan kesilapan tapi taksalah kan kalau aku nak bagi pendapat sendiri. renung renung kan