Wednesday 18 December 2013

Jordan, Wadi Mujib

Salam readers

Lamanya tak update blog . serious ! sangat lama sangat sangat dah setahun lebih dah. Alhamdulillah . hihi. selamat lagi aku kat jordan ni ha. haha. sekarang tengah musim winter. Kelas banyak yang cancel , exam pon terpaksa postpone sebab ramai yang tak dapat hadir especially pelajar2 dari Amman. Dikhabarkan tahun ni salji tebal di Amman so jalan banyak yang tutup. 

So, basically hari ni nak cerita pasal wadi mujib. Kalau korang suruh aku suggest tempat best kat jordan ni, memang sure sure la aku syorkan wadi mujib. Super duper awesome la. Wadi mujib ni untuk mereka mereka yang suka kan adventure. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam la from irbid ni.


muka eksaited habis nie . tak masuk dalam lagi pon dah srmangat

Time ni cuaca macam okay je. tak panas sangat and takde la sejuk sampai menggigilkan. Nak masuk sini kalau ada student card boleh lah murah sket. Kalau rasa kaki korang sakit ke, kaki tak kuat sebab pernah injured ke better pikir 2 kali la dulu before nak pergi tu. Arus air sangat deras pastu along the way nak jalan dalam air. fuh fuhh. penat taw !



awesome people! semua aktif dapat main air


Part paling best ! cuak gak sebab batu licin sangat.tapi time nak slide turun . huh! memang enjoy giler ah


Tempat ni actually bahaya la juga sebab kengkadang tangan tak kuat so tali yang sepatutnya kena pegang pon terlepas. Kengkadang ada je yang susah nak control badan sendiri dalam air. sebab tu la function 2 3 ketul budak laki ni. Bantu jaga keselamatan la gamaknya. Tapi overall dorang dorang yang join trip ni sumpah lasak. no hal la


Dah sampai kat kawasan kemuncak ! kawasan air terjun

Bagi aku, memang takkan pernah rasa menyesal ah kiranya kalau datang sini . *mungkin sebab aku suka buat mende lasak jugak kot. hihi

Sunday 23 September 2012

sambutan raya aidilfitri 2012

salam readers,

minggu lepas aku dan angkatan angkatan JPA dijemput beraya ke Amman. Kitaorang pergi sana naik coaster ( macam van ) tapi pemandu arab ni bawak laju giler. HAHA, macam racingg taw. Kat sini, semua kenderaan bawak laju giler. takde la nak bawak slow slow. ikot lorong. takde takde. Kadang kadang macam cuak a gak. Selamat ke tak naik coaster ni kan. tapi sebenarnya okay je. Dorang ni semua pro pro a



 memilih warna coklat untuk sambutan hari raya tahun ni
 ni kawan baik aku duk sini. Ain dan syiera. dua dua pakai speck hitam. sebab sini cuaca panas. silau. tapi yang bestnya angin sini sejuk. tak berpeluhh. tapi muka mungkin akan burn? HAHA. Sekarang ni tengah cuba nak sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Life kat sini banyak kena berdikari beli kari semua a


apabila sampai je kat sana, aku macam terkesima jugak tengok semua pelajar pelajar malaysia berkumpul. semua macam tak pernah jumpa ponn sebab diorang duk dekat daerah yang berbeza beza. Segan jugak tengok mereka. Rasa diri ni terlalu jahil. HAHA. tapi aku percaya. Perubahan memerlukann masa. :) Mungkin suatu hari nanti saya boleh jadi sebaik mereka kan..

and yang lagi terperanjat is tengokk senior senior yang datang ada yang bawak anak. mostly, still bayi a.Waa..seronoknya tengok mereka. Keluarga bahagia :)

Wednesday 12 September 2012

Jordan - kehidupan baru telah bermula

Ahlan wassalam 

Alhamdulillah, pada 10.9 baru baru ni , aku selamat tiba di Irbid Jordan. First impression is "waaooo, Jordan fully warna coklat ". dikelilingi dengan padang pasir.  cuaca kat sini sebenarnya takde la panas sangat.Walaupun luaran nampak macam panas, tapi sebenarnya angin kat sini sangat sejuk. our house have no fan okay! HAHA


senyum tak ikhlas! letih lol sehari suntuk mengembara dalam flight tu 

First first kitaorang naik flight MAS transit kat bombay atau nama baru Mumbai. Lama jugak la kitaorang transit. lebih kurang 6 7 jam. Lepas tu kitaorang naik flight from mumbai to Amman. Amman tu adalah salah satu daerah kat Jordan ni. Sementara nak tunggu masa nak naik flight pergi Jordan, kitaorang main game kad kad ni dulu

! lama giler tak main kad ni. Last main time darjah 6. HAHA. tapi okay la! not bad. first first main dapa no 2., 

time transit kat mumbai ni aku sempat la perhatikan orang orang kat sekeliling. Rupa rupanya mumbai ni la tempat tinggal shah rukh khan ! hish! marah betul aku sebab shah rukh khan tak datang sambut aku kat sini HAHA



this is airport mumbai where is shah rukh khan? HAHA. tunggu tapi tak datang datang

kitaorang sampai jam 8.15am waktu amman. maknanya kalau kat malaysia pukul1.15pm la. Kitaorang adalah kumpulan yang pertama sampai. Satu kumpulan transit kat new delhi dan satu kumpulan lagi transit kat dua tempat , new delhi dan dhoha



 hai jordan! hai irbid! sila berbuat baik dengan saya kerana saya akan berada di sini selama 6 tahun. saya tak nak sedih sedih taw duk sini.

Monday 3 September 2012

dengan kawan pun nak kedekut

Salam readers,

Semalam dengar satu berita buruk, kematian dua orang pelajar Malaysia di Russia disebabkan oleh kemalangan. Mereka merupakan penuntut tahun 5 perubatan. Haihh, cuak a plak nak belajar negara orang ni. Takde family kalau ada apa apa yang berlaku. Tapi kalau dah ajal sampai , lari sejauh mana pun takkan dapat melawan takdirkan. 

Berbalik semula pada tajuk , dengan kawan pun nak kedekut ke? Kawan je pun. Nanti kalau kita susah, kita mintak tolong dengan sape? Dengan kawan jugak kan. Setakat nak bagi pinjam selipar, baju, pen or apa apa lah(bagi yang duk asrama) tu, takpayah berkira sangat la. Ibaratkan la kawan tu adik beradik kita.




Kadang kadang aku pun tak faham dengan orang yang berkira sangat ni. Bagi aku la, kalau kita ada sifat camtu, susah kita nak rapat dengan orang sekeliling kita and macam ada gap antara kita dengan kawan kita tu.

Kalau kita bagi pinjam pon, bukan effect pon kehidupan seharian kita. Boleh je hidup macam biasa. Tak rugi satu sen pon. Kan sharing is caring. So, kalau kawan kawan nak pinjam barang tu, bagi je la. Nanti kita pinjam a jugak barang dia. Haha! Fair and square. Okay!

Sunday 2 September 2012

hebatnya pengaruh rakan sebaya

salam readers

taksabar nya nak tunggu petang ni, nak pergi buat lesen P,HAHA, at last! Even though tak sempat gak nak bawak kereta this year, takpe la. Next next year kan ada lagi kan. Aku pun sekarang ngah busy kemas barang sebab 5 hb ni dah nak bertolak pergi KL. 6hb ada pre departure dengan pegawai JPA. hurmm, busy ke? HAHA, aku rasa macam tak pun!hari hari mengadap laptop je.

Kalau nak cerita pasal pengaruh rakan sebaya ni aku rasa sampai ke subuh pun tak habis habis lagi. Tajuk ni sangat luas! boleh dibahagikan kepada dua, pengaruh baik atau pengaruh buruk. Tapi biasanya pengaruh buruk la yang paling dominant, yedookk? 

Ala,kalau tengok kawan ponteng kelas je mesti rasa nak ikut kan? kalau tengok kawan hisap rokok je mesti teringin nak join sekaki kan? kalau tengok kawan taksolat pon mesti kita malas gak nak solat? kalau tengok kawan couple mesti rasa cam nak couple gak an?kalau tengok kawan merempit pukul 3 4 pagi mesti nak buat camtu gak an? Banyak betul ni kalau kalau.


Biasala tu, kita ni kan remaja. Remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru la katakan. Tapi tapi kalau kita nak buat benda jahat tu kena pikir gak, apa yang aku buat ni langgar agama ke tak? Kalau kena tangkap effect dia bahaya ke tak. kalau dah sampai memalukan mak bapak tu kiranya bahaya la. 

Kadang kadang kita tak nak buat pun mende mende jahat tu taw. Tapi sebab takut kawan ingat kita ni looser or bajet baik tu la yang menyebakan kita nak try jugak. Then, ketagih sebab dah biasa. Pastu susah dah nak stop sebab kejahatan tu dah sebati dah dengan diri kita. Hebatkan pengaruh rakan sebaya ni. orang baik pun boleh jadi jahat.



Kawan atau lawan ?

Salam readers,

Topik hari ni pun berkenaan dengan kawan. HAHA! Tak habis habis lagi entry kawan ni. Masuk ni dah 3 4 hari aku cerita pasal kawan. Setiap apa yang aku cerita ni berdasarkan pengalaman pengalaman yang lepas. 

Hurmm, kita ni nak jadi kawan ke lawan? Kalau nak jadi kawan kenapa mengumpat kawan kat belakang, kenapa kutuk kawan kat belakang? Kenapa cerita keburukan kawan kat belakang? Tak baik lol buat macam tu. Islam kan dah ajar kita berdosa mengumpat dan menfitnah! Lebih teruk daripada membunuh.

Memang takdapat dinafikan, kawan kawan kita ni kadang kadang ada yang menyakitkan hati. Mulut takleh bla. Rasa macam nak bagi penyepak pun ada jugak. Tapi kita pun kena la sabar jugak. Kita kena ingat kalau kita suka mengumpat orang, orangpun suka mengumpat kita n kalau kita cakap kita taksuka orang tu, ingat orang tu suka sangat la kat kita? #takenote



Kita kena ingat, sekali kita bukak mulut mengumpat orang, kita kena tanggup akibatnya. Mungkin kawan kita akan ceritakan kat orang yang kita umpat tadi, mungkin kawan kita dah tak percayakan kita, mungkin kawan kita akan benci nak kawan kita. sebab tu la kita kena berwaspada. Gembira kah hidup kita tanpa kawan di sekeliling in stead of our family?

Tapi kalau taktahan sangat, cerita je la kat kawan baik kita dengan harapan dia takcerita kat orang lain la. Nama pun kawan inshaAllah rahsia anda tak pecah. Haha. Aku pon biasa macam tu. aku akan ceritakan ketidakpuasan hati aku ni kat kawan baik aku,erra. Aku yakin dan percaya, dia takkan punya cerita kat orang lain, kan erra? Haha


Saturday 1 September 2012

test JPJ dah selesai

salam readers,

Alhamdulillah, lega sangat sebab dah berjaya dapat lesen kereta. HAHA, orang lain ramai dah boleh bawak kereta tapi aku ni je baru terkedek kedek nak test. Kekangan masa tu la yang menyekat aku nak dapat lesen P. Tapi syukur gila dah settle! 

Aku ni cuak sangat sebab aku dapat no 1. Fuh! first first kereta yang gerak tu kereta aku la. Semua orang tengok! cuak cuak! ye la. orang lain pon tengah berdebar gak. Sama je la semua. tapi advantage untuk aku gak sebab tak payah nak cuak lama lama.


tengok la tu ! no 1-siti aishah ! mau nyer aku tak cuakk jah. haihh

Sebenarnya nak test kereta or motor ni takde la susah sangat. senang je. tapi sebab berdebar punya pasal kan habis lupa apa yang pernah belajar. Debaran yang di rasa tu lebih teruk daripada nak exam SPM! lagi teruk daripada nak dapat result SPM okay, seriously! 

Kebiasaannya kaum perempuan a gelabah sikit *okay!aku terasa, hehe. Kalau lelaki tu tak payah cakap la. Korang dah pernah bawak kereta pegi jalan jalan even though takdapat lesen lagi. tapi kalau kami, kaum kaum hawa nak buat camtu alamak nya kena kejar dengan batang penyapu la dengan mak bapakk kami, haihh.

Lastly, thanks to my beloved friend *ehem ehem, paham2 sendiri eh sebab telah meng femeskan saya dengan ketua tester jpj hari ni, HAHA. bangga i ade kawan macam u! HAHA