Friday 31 August 2012

Macam mana nak jadi kawan yang baik

Hello peeps,

Alhamdulillah, harini majlis kesyukuran rumah aku berjalan dengan lancar fuh, selesai satu majlis! Mood = lega ! Tengah tengah busy layan tetamu, tetiba je dapat idea nak share dengan korang satu quote ni. Quote ni aku dapat daripada sorang kawan aku.her name is nailah zulkifli :)

TO DEAL WITH PEOPLE, WE HAVE TO KNOW THEIR SITUATION FIRST

Maksudnya, kalau kita nak cakap atau nak sampaikan sesuatu kat kawan tu, kita kena tahu situasi dia masa tu. contohnya, semalam korang suruh roomate kejut pukul 5 sebab nak main bola. Tapi bangun2, korang tengok jam da pukul 7. korang mesti macam bengang giler an and mesti nak marah kawan uw. Before korang marah dia, korang kena tahu kenapa dia tak kejut tadi? mungkin dia pon tertido, sebab letih sangat siapkan assignment sampai pukul 3 pagi ke, kan? sape tahu.!kalau macam tu, takleh salah kan dia. niat dia nak kejut korang tu ada cuma terlelap. So, moral of the story, berfikir dulu sebelum bertindak.!



From quote yang aku dapat tadi, aku berjaya cipta satu quote baru which is ------->

TO DEAL WITH PEOPLE, WE HAVE TO KNOW HOW TO DEAL WITH IT

Maksudnya, kalau kita nak berbincang atau bergurau dengan kawan tu, kita kena tahu cara bagaimana nak berbincang dengannya. Contohnya, kalau korang nak tegur kesalahan kawan korang tu, korang takleh a hentam keromo je. pergi sound direct atau perli perli dia. korang kena la guna cara berhemah. Perhatikan cara dia terima nasihat orang. Sebab tak semua orang boleh terima cara orang tegur ni.

Wednesday 29 August 2012

jangan pentingkan diri kalau nak jadi kawan

salam readers,

Entry pagi ni pun pasal kawan. heish! tak habis habis lagi ke isu pasal kawan ni? nope! banyak lagi benda yang perlu dibahaskan sebab masa masa kita banyak dihabiskan bersama kawan kawan.

Ha, kalau kita nak berkawan ni jangan fikir diri sendiri je. Kena tahu jugak bila masa kawan perlukan kita, perlukan pertolongan kita. Manusia ni mana boleh hidup sendirian. Kat luar negara, pernah saintis buat kajian tentang hidup manusia. Beliau letakkan seorang bayi di dalam sebuah bilik tanpa ada seorang pun dalam tu. Beliau bekalkan makanan dan keperluan keperluan asas yang mencukupi untuk bayi tersebut. tapi tak sampai beberapa hari, bayi tersebut mati. Kajian ni menunjukkan bahawa manusia tak boleh hidup seorang diri.

Pergh!pagi pagi hari siap bagi fakta lagi. HAHA. Saje je nak bagi bukti. Biar korang percaya apa yang aku katakan ni. Aku pun ada pengalaman dengan kawan yang pentingkan diri sendiri. Aku bagi korang dua situasi.



situasi A : masa duk asrama, ada stu kucing pernah berak atas katil aku. Aku geli gila. Taktahan bau tu. aku lari pergi katil lain. Tapi kawan baik aku ni tolong bersihkan tahi kucing atas katil aku tu. Aku pergi kat katil aku. Tengok tahi kucing tu dah takde. Aku rasa macam terharu gila ada kawan camni.

Situasi B : Time tu bulan puasa. Aku bangun sahur nak pergi makan dengan kawan kawan aku. Ya Allah! Terkejutnya tengok ada tahi kucing kat sebelah katil aku. Aku geli gila. dah la time puasa. Aku muntah kot. Tapi roomate aku semua buat bodo je tengok tahi kucing tu. takde sorang pon nak tolong aku bersihkan. Seorang kawan aku ni cakap camni, kalau tahi kucing tu kat tempat aku aku bersihkan la. Sekarang ni tahi kucing tu kat tempat kau. Kau la yang bersihkan.

#situasi ni berlaku pada lain lain tempat dan tahun yang berbeza. Korang boleh nilai sendiri mana satu kawan mana satu lawan


Tuesday 28 August 2012

nak kawan tu ikhlas ke tak?

salam readers,

hari ni seriously taktahu nak buat apa.! btw, aku baru je create fan page kat facebook! jangan lupa like yer kawan kawan klik sini :). nak sambung cerita pasal kawan ni. Jom laayaann ~

Kadang kadang kita boleh perasan, kawan kita ni sebenarnya ikhlas ke tak eh nak kawan dengan kita atau ada udang di sebalik mee? Kita tak tahu hati budi orang ni, just beware okay! warning alert . Ada sesetengah orang berkawan sebab kawan dia glamour! nak tumpang popularity orang, ceh! apa dapat. 

Ada pulak tu berkawan sebab kawan dia kaya, perghh! boleh pau duit dia ni.tapi bila kawan yang kaya tu dalam kesusahan, tetibe je tak nak mengaku kawan plak. Hish, tak baik lol buat camtu. haa ni lagi teruk! berkawan sebab kawan dia akan cover line kalau dia buat jahat. Pastu kalau kena tangkap, kawan yang tak bersalah tu yang kena! Amboi, dah la da buat salah, nak libatkan orang lain pulak. banyak cantik muka hang!HAHA


Aku pernah ada pengalaman pasal tajuk ni ! pernah ada one time tu ada sorang ni dia tetiba je rapat dengan aku. Sebab apa taw? sebab kawan aku ni cantik dan famous. Mula2 aku takperasan lol tapi lepas dia dah rapat dengan kawan aku ni, jumpa aku pun malas nak tegur. Perghh!since that day! aku tengok dia pun aku buat tak layan da. Buat apa nak kawan dengan orang yang tak ikhlas kawan dengan kita kan. 

Monday 27 August 2012

Dunia perlukan kita, bakal doktor

Salam semua

Sempena bulan syawal ni, jom la kita sama sama puasa 6! bukan selalu pon, sekali dalam setahun je.jom jom, yaallah naruh (bahasa jordan). So, topik hari ini is dunia perlukan kita, bakal doktor. Yes! nak jadi seorang doktor tak susah tapi tak mudah, faham tak maksudnya? HAHA. Maksudnya. path yang dilalui oleh seorang doktor sangat lama dan perlu sentiasa belajar banyak ilmu baru tapi boleh diatasi dengan sikap sabar.

Doktor yang aku cakap ni termasukla doktor gigi. Sama je semua. Sekarang pun, kami budak2 mep stand for middle east program yang akan ke jordan pada 8.9.2012 ni sedang menyiapkan diri dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi dunia seorang doktor.

Dulu, aku pernah mempertikaikan kerjaya doktor ni. Aku cakap "hish, bahaya la jadi doktor ni, melibatkan nyawa orang. Kalau silap bagi suntikan ke, silap bedah ke, mati a anak orang nanti" tapi selepas 3 bulan persediaan di intec, aku ubah persepsi aku "apa nak takut! hidup mati seorang pesakit terletak pada Allah. doktor hanya berusaha je tapi Allah yang tetapkan ajal maut seorang hamba-Nya".

So, bakal bakal doktor ! kuatkan semangat anda. Dalam dunia ni takde apa pun yang mudah tapi nak jadi seorang doktor yang baik, kita kena la perbanyakkan ilmu yang kita ada. Kalau boleh cari, cari la sebanyak mana yang boleh.

Beruntung nya kita ni bakal bakal doktor sebab kita diberi peluang untuk meneroka rahsia alam ni yang tak semua orang tahu. Contohnya, penyakit! mana datangnya penyakit, cara nak rawat, cara nak elakkan penyakit dan so on. Banyak sebenarnya kebaikan kita terima.

 gambar bakal bakal doktor dan dentist yang akan ke Jordan. Doakan kami berjaya di sana :)

dan satu lagi,  ramai orang fikir kerjaya doktor ni takde life, lifeless! sebenarnya korang salah dan aku cuba nak tukar mindset korang. Kita boleh cipta life kita sendiri ikut kehendak hati sendiri. korang nak jadi doktor yang sentiasa happy atau sentiasa stress! it's up to you, okay!

Sunday 26 August 2012

keluarga tetap no 1

salam readers

Entry ke 2 untuk hari ni. 'ter' lebih rajin la pulak! HAHA. ada dengar tak pepatah? family comes first! yes, it is. serapat mana pun kita dengan kawan kawan kita, keluarga tetap no 1. memang takdapat di nafikan lagi. sebab kalau kita berada dalam kesusahan pon, sape yang bagi bantuan? family jugak!

Tapi ada jugak antara rakan rakan kita ni come from broken family! kesian diaorang ni. Sebagai kawan, kita kena a bantu diaorang. tak semua orang hidup dia beruntung. Jangan plak nak bahan dia. daripada elok elok tak memberontak, nanti kangg ada yang badan melayang kena pukul. 

Hidup semua orang berbeza beza okay! tapi selagi kita ada sebuah keluarga yang bahagia, eratkan lagi silaturrahim yang ada.

                   me with my bro :))                                                                 me with my lil sis :))


      me with my grandma :))                                  me with the hottest cousin :))


<------------------------this cilik boys and girl menceriakan hariku ---------------------------------->

raya sakan tahun ni

salam readers,

hampir sebulan da tak update blog! busy dengan keje2 meng upgrade blog ni. ye la dunia makin maju, blog nie ponn nak maju jugak. kui kui. nampak tak perubahan pada blog ni? HAHA, simple tapi complicated taw nak buat mende2 yang leceh ni.

Sebelum bercerita panjang tentang hari raya, aku di sini memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah gua lakukan. jika ada yang terguris hati or terkasar bahasa tu, ampun yer buk. Aku seorang manusia biasa yang sentiasa melakukan salah dan silap.

So, cakap bab raya ni mesti semua excited kan. selama 18 tahun hidup, raya tahun ni paling best sekali weh. 2 in 1. dapat raya dengan family dan kawan dalam satu masa. Fuh, penat tapi seroonnookkk!

ni gamba family saya----------->tema biru


raya 2012

dan terjumpa gamba ni raya 2010 -------------------------------> nampaktakperbezaan?


raya 2010

raya tahun ni lagi meriah sebab ada sepupu2 cilik ku yang sentiasa aktif


tapi yang lagi seronok sebab dapat raya bersama rakan rakan tahun ni. konvo ramai ramai pegi open house. Al maklum la semua da ada kereta masing masing. Aku ni je sampai sekarang tak ada lagi lesen kereta. sob sob. jadi, kerja saya ialah tumpang kereta orang lain la. HAHA


lalalala, gembiranya raya tahun ni bersama mereka. Semoga tahun depan jumlahnya akan bertambahh. me is so happppyyyyyyy :))