Wednesday 29 August 2012

jangan pentingkan diri kalau nak jadi kawan

salam readers,

Entry pagi ni pun pasal kawan. heish! tak habis habis lagi ke isu pasal kawan ni? nope! banyak lagi benda yang perlu dibahaskan sebab masa masa kita banyak dihabiskan bersama kawan kawan.

Ha, kalau kita nak berkawan ni jangan fikir diri sendiri je. Kena tahu jugak bila masa kawan perlukan kita, perlukan pertolongan kita. Manusia ni mana boleh hidup sendirian. Kat luar negara, pernah saintis buat kajian tentang hidup manusia. Beliau letakkan seorang bayi di dalam sebuah bilik tanpa ada seorang pun dalam tu. Beliau bekalkan makanan dan keperluan keperluan asas yang mencukupi untuk bayi tersebut. tapi tak sampai beberapa hari, bayi tersebut mati. Kajian ni menunjukkan bahawa manusia tak boleh hidup seorang diri.

Pergh!pagi pagi hari siap bagi fakta lagi. HAHA. Saje je nak bagi bukti. Biar korang percaya apa yang aku katakan ni. Aku pun ada pengalaman dengan kawan yang pentingkan diri sendiri. Aku bagi korang dua situasi.



situasi A : masa duk asrama, ada stu kucing pernah berak atas katil aku. Aku geli gila. Taktahan bau tu. aku lari pergi katil lain. Tapi kawan baik aku ni tolong bersihkan tahi kucing atas katil aku tu. Aku pergi kat katil aku. Tengok tahi kucing tu dah takde. Aku rasa macam terharu gila ada kawan camni.

Situasi B : Time tu bulan puasa. Aku bangun sahur nak pergi makan dengan kawan kawan aku. Ya Allah! Terkejutnya tengok ada tahi kucing kat sebelah katil aku. Aku geli gila. dah la time puasa. Aku muntah kot. Tapi roomate aku semua buat bodo je tengok tahi kucing tu. takde sorang pon nak tolong aku bersihkan. Seorang kawan aku ni cakap camni, kalau tahi kucing tu kat tempat aku aku bersihkan la. Sekarang ni tahi kucing tu kat tempat kau. Kau la yang bersihkan.

#situasi ni berlaku pada lain lain tempat dan tahun yang berbeza. Korang boleh nilai sendiri mana satu kawan mana satu lawan


No comments:

Post a Comment