Tuesday, 24 April 2012

interview yayasan terenganu

Assalamualaikum,

seriously, aku rasa interview yayasan terengganu ni sangat mengejut dan berlaku dalam sekelip mata je. Aku dapat mesej kena hadir ujian bertulis ni pada 20 hb . masa ni aku ada kat melaka. nasib baik sempat balik sebelum 23hb. 

First2, ada IQ test. okay! kalau sape2 yang bakal nak ambil IQ test tu, jangan la cuak sangat. try search kat google. quick IQ test or IQ test question. soalan yang diorang bagi tu patternnya sama je. 20 soalan dalam masa 1 jam.

Then, orang tu cakap, aku kena interview esok. 24hb jam 10.30 pagi. fuh, lega sikit. so, boleh la tanya kawan2 yang dah kena interview tu.

it's just like group discussion. panel ada 4 orang. dyeorang tanya soalan pelik2 la bagi aku. tapi nasib baik aku sempat research pasal isu2 semasa ni,  isu bersih dan ptptn (isu hangat yang sedang diperkatakan sekarang). so macam ada la point sikit2 nak jawab. takde la senyap sangat. 

Soalan nie macam merepek gila *Apakah hukum tepuk tangan dalam Islam? Apakah hukum bersin? err. okay! aku senyap kowt time nie sebab tak pernah tahu plak bersin ada hukum. Interview ni fully in malay. tak payah introduce yourself *penat aku berlatih depan cermin semalam,HAHA.. main2 je

So, sekarang ni macam redha gila dan still berharap. Harap2 adalah peluang. Aku tak tahu cara penilaian dyeorg camne. so wait and see. Kalau dapat tu, alhamdulillah la. tapi kalau tak dapat, maybe rezeki aku kat lain kowt.



Sunday, 22 April 2012

selamat tinggal kawan2 kat TGB

Assalam semua,

yes, nak share gambar sekarang! Gambar yang aku tangkap masa Hari Anugerah Kecemerlangan MRSM TGB. mungkin lepas ni dah macam susah giler nak jumpa mereka ni terutamanya classmate aku. rindu gler!! Kalau jumpa pun 10 tahun akan datang. time tu ramai yang dah jadi doktor, engineering, farmasi and so on.













Wednesday, 18 April 2012

Ada ke tak eh?

eh, ecah, apa tu?

xpaham la tajuk yang kau baru post nie

Apa yang ade? Apa yang takde nye?

kau nak tanya sesuatu ke ni?

Ala, bagitahu je la



LOL, nak tanya pasal mende ni ke?

eh, takde orang like ?

takde pembaca la tu.

alohai, kesiannya

takpe la, kau kena aktif sikit berblogging ni

InsyaAllah, satu hari nanti ada la tu orang yang nak baca entry kau.

Jangan putus asa , yerp!

HAHA

*okay, tengah merepek sekarang


Sunday, 15 April 2012

10 ciri lelaki idaman Aisharz

Salam :)

post kali nie nak cakap pasal jejaka idaman kalbu lah =.+ ... dah tu, semua orang nak cakap pasal kahwin la, cinta la, semua la.. so, apa lagi, join the club jugak la kan.

actually, lambat lagi nak kena pikir mende2 camni. tapi takpe la.! persediaan awal #HAHA, chewah ^bajet je^

10ciri2yangdiharapkantapitaksemuanyadapat.kita hanya merancang Allah yang telah tentukan jodoh kita

1.  laki tu mestilah Islam dan berwarganegara Malaysia. *bengong la kau ecah! xkan la nak kawen ngan mat salleh? lain warna kulit okay.*

2. Beliau mestilah berpegang teguh pada ajaran Islam *cintailah aku kerana Allah (insyaAllah, suatu hari nanti, kita sama2 berubah yer)

3. Semoga laki itu boleh memahami aku, layan kerenah aku nie . Tolong la jadi manusia yang penyabar * sori la , mu future husband, i nie sensitif skit, i still try nak control ni

4. Seorang yang penyayang * lagi best kalau romantis gitu

5. Ala, kalau tanya aku nak yang handsome tak? mestilah aku cakap 'yes'. tapi, tapi, mimpi di siang hari je la ecah. ! okay la, harap2 laki tu ada rupa la. i mean yg bese2 je la. * sedarla diri kau  tu ecah, kau tu bukan lawa sangat !cermin muka tu dulu okay!nanti kena kutuk ngn orang je

6. Kalau boleh laki tu putih la time kecik2 dulu * nanti anak kami putih jugak +cute

7. Harapan yang menggunung adalah awak seorang yang tinggi  *sebab saya ni pendek, jadi saya nak laki tinggi

8. Harap2 kamu nie seorang yang aktif bersukan la, tak kesah la main bola sepak ke main badminton ke, boleh je *tolong la jgn jadi bapuk or anak dare! awak tu laki, nak jadi ketua keluarga

9. Aku tak nak yang perfect sebab aku TERsangat-2 la banyak kekurangan *kau boleh terima aku, aku boleh terima kau, deal?

10. Family aku family kau. so kita saling menghormati yerp*tak susah pon kan

Tapi , antara yang banyak2, aku highlight yang no 9 tu, aku tak cantik macam wanita lain, aku tak seperfect wanita lain. aku ni terlalu banyak kekurangan (sedang cuba memajukan diri sendiri)

Thursday, 12 April 2012

kami [kawan]

salam readers,

korang tahu tak jadi penganggur terhormat plus tak dapat masuk mana2 u lagi ni sangat membosankan. Ye la, terperap je kat rumah kan. Bosan taw, tapi kitaorang berempat ni suka la hangout sama2. keluar pergi jalan2.
[makan, main bowling, lepak kat pantai].

HAHA, jalan2 memang best. tapi $$$$ ni la problem. bestnya jadi jutawan kan.xpayah pikir sal $$$. papepun, have fun! itu yang penting!


Harap2 persahabatan kami ni kekal, amin :)

Saturday, 7 April 2012

Takut untuk bercakap di depan khalayak ramai?

Salam readers,

mesti korang semua pernah rasa bercakap di depan khalayak ramai kan? macam mana perasaan korang? takut, berdebar, nak menangis, menggigil? Kalau korang pernah rasa macam tu maknanya korang ni manusia normal. ..*fuh, nasib baik kau nak cakap aku normal cah.*

Even pembahas, pemidato, penyajak pun akan rasa cuak walaupun dah beribu ribu kali berdiri atas pentas tu. Tapi ingat taw, control perasaan korang. Kalau susah sangat kan, focus on seseorang. maksudnya, tak payah la nak pandang sana sini, tengok dia je(make sure 'dia' tu tak menjatuhkan semangat korang la yer)> korang hanya pikir 'aku berdiri kat depan ni sebab aku nak sampaikan ilmu je, nanti semua orang boleh tahu'



presentation day

dah la kena speaking, tapi alhamdulillah! okay jugak la

Sekarang pun aku masih belajar nak bagi ucapan depan orang dan nak buat presentation. Tak salah kan kita berusaha nak memajukan diri kita sendiri.

Ada one time tu, masa majlis bersama yayasan terengganu, aku pergi bertanyakan soalan di depan ribuan orang, HAHA, nakal kan? saja je sebenarnya, nak try something new.

okay la. tatatititutu

Default picture fb kami sama :)

salam readers,

xtahu la nk post entry ape. pikir punya pkir punya pikir, hah, nak letak gambar ni la------------------------>


Gambar kat atas ni kitaorang ambik masa birthday budak kembar ni [ muse langs dan harun langs ] HAHA, boleh nampakkan yang mana satu kembar. Tengok rambut a, sama kowt. Bagi aku gambar ni comel gila! Aku la tu sorang2 perempuan kat situ, xmalu an? HAHA

Empat2 orang buat default picture yang sama. Bila reply komen , tak tahu yg mana satu sebab semua nampak macam sama je .

> Hey, orang kampung! tengokla, default picture kitaorang sama<

ceeehhh, bajet je! okay la. tu je nak bagitahu. and one more thing, esok aku test kereta dengan JPJ! cuak seh, aku rasa kali ni lagi cuak berbanding nak amik SPM, seriously, fuhh! wish me luck :)