Wednesday, 14 March 2012

HB? kenapa tak tulis happy birthday je

salam readers,

tengok title entry kali ni. "hb? kenapa tak tulis happy birthday je". korang perasan tak, ramai kan yang tulis macam ni dalam facebook. Kenapa mesti singkatkan lagi perkataan h.a.p.p.y.b.i.r.t.h.d.a.y tu?Bila birthday seseorang je, mesti post dekat wall dyeorang, 'hb'. mungkin korang pon salah seorang daripadanya kan, tak nak mengaku la tu.

Hah,, tengok muka nak cover2 tu, aku dah tahu.HAHA dah dapat detect awal2 lagi la.


tapi kenapa korang tak tulis je happy birthday ke? selamat hari lahir ke??,...... tak panjang sangat pon kan. korang main reply2 komen lagi panjang kena taip. Kalau ada yang nak bagi tazkirah tu mesti lagi panjang kan. 

Bagi aku la, kalau tulis hb je, nampak macam tak ikhlas je nak wish. bukannya selalu kita smbut birthday ni. sekali dalam setahun je taw.Mungkin ada sesetengah akan cakap *nasib baik aku post, kalau aku tak post langsung kan , nampak sangat aku tak ingat birthday kawan*

okay, itu cuma opinion aku. siapa setuju, silalah like. tapi kalau nak bantah, jangan lupa komen ye. mungkin korang ada alasan korang sendiri kan.

Tuesday, 13 March 2012

rahsia tapak tangan

Assalamuaikum semua,

Korang tahu tak, tapak tangan kita ni ada pelbagai rahsia yang telah Allah tentukan. Jodoh, ajal maut dan rezeki kita sudah ditentukan sejak kita kecil lagi. Kita tidak boleh melawan takdir Allah tetapi perlu berusaha mendapatkan yang terbaik.

Jom kaji tangan anda
1. LIFE LINE
a long line, with no breaks indicates a long life and good health. if your line is short, dont worry - if the first phalange of the thumb is long, you will overcome health problems
jika garisan anda panjang dan tak putus, kesihatan anda baik dan hidup lebih lama.
jika garis anda pendek, jangan risau. tengok pula ruas 1 pada ibu jari anda, jika panjang, anda boleh mengatasi masalah kesihatan itu.

2 HEAD LINE
the length of this is a guide to intelligence. The longer the line, the more intelligent you are
semakin panjang garisan, semakin pintar kamu

3 HEART LINE
a short, straight line suggests problems in showing affection ; a long curve line suggests a loving nature
small lines radiating from the heart line suggest flirtations and affair
pendek dan garisan yang lurus memberitahu anda mempunyai masalah dalam menunjukkan kasih sayang dan jika panjang melengkung, anda seorang penyayang. garis seperti ranting2 yang keluar daripada garisan hati menunjukkan anda ada skandal. makin banyak garisan itu, makin ramai skandal anda

4. INTUITION LINE
this line is not always present. If present, it denotes a high degree of intuitive insight
garisan ini jarang hadir. Jika ada, ia menunjukkan anda menpunyai firasat yang tinggi

5. SUN LIFE
if the line starts at the base of the hand and ends at the fourth finger, it denotes prosperity. If it starts at the head line, success will come in middle age ; starting at the heart line, happiness will come late in life
jika garisan ini bermula drpd bawah dan berakhir pada jari yang keempat, ia menandakan kekayaan, Jika bermula pada garisan ketua, kejayaan akan datang pada pertengahan umur , dan jika bermula pada garisan hati, kegembiraan akan datang lambat pada anda

6. FATE LINE
if the line starts at the wrist and continues up to the third finger, it indicates success as a reward for hard work
jika garisan ini bermula dari pergelangan tangan dan bersambung ke jari yang ketiga, ia menunjukkan amda akan mendapat kejayaan sebagai hadiah atas kerja keras

7 Girdle of venus
if present, it suggests sensitivity and ethusiasm
jika hadir, anda merupakan seorang yang peka dan bersemangat

8 AMBITION LINE
the point at which this line diverges from the life line show how early or late in life your ambitions will be realised
tanda dimana garisan ini menyimpang daripada garisan kehidupan menunjukkan sama ada cita2 anda akan sampai lambat atau cepat

9 MARRIAGE LINE
the closer to the heart line these are, the sooner you will marry
makin dekat dengan garisan hati, makin cepat anda akan berkahwin







resepi tomyam putih : try this#

HAi everyone,

korang suka masak tak? Kadang2 mesti kita rasa macam malas kan. wake up , wake up girls di luar sana. nak jadi isteri orang mesti tahu masak taw. malu la dengan mak mertua nanti. HAHA> okay. hari nie first time aku masak tomyam putih. Mak aku cakap , LULUS. wootwoot.. bangga !

TOMYAM PUTIH

::: bahan2 yang diperlukan

1. 2 biji tomato yang telah dipotong


2. 1 mangkuk ayam yang telah dipotong kecil2


3. 3/4 batang serai yang diblender atau diketuk

4. 10 ekor udang

5. 5/6 ulas bawang putih yang diblender atau diketuk

6. 1 biji bawang besar yang dipotong dua
7. 2 biji limau nipis yang dibelah

8. 7 biji cili padi yang diketuk atau diblender

9. 2 mangakuk air

10. garam dan gula

11. 1 sudu besar asam jawa (tambahkan sikit air panas)

12. 7 helai daun limau purut diketuk atau diblender

13. 1 lobak merah yang telah dipotong dan juga bunga kubis

::: cara2 penyediaan

1. Tuangkan 2 mangkuk air ke dalam periuk
2. masukkan ayam , bawang putih, udang , lobak merah dan juga tomato
3. biarkan selama beberapa minit
4. masukkan air asam jawa dan kacau
5. masukkan pula serai, daun limau purut, bawang besar
6. besarkan api dan biarkan menggelegak selama beberapa minit
7. masukkan cili padi mengikut citarasa
8. masukkan gula dan garam secukup rasa
9. perah limau nipis
10. tutup api dan hidangkan


#selamat mencuba kepada new beginner. good luck


Saturday, 10 March 2012

part time kerja di THE ONE MOBILE

sawadikapp..


Sementara nak tunggu result SPM keluar on 22thmarch2012 ni, aku kerja kat kedai maxis the one mobile. Ala, kerja hari minggu je sebab hari2 lain aku masuk kelas bi. Busy kan hidup aku? mengalahkan orang dah habis belajar. padahal result SPM pun tak dapat lagi. 7 hari tanpa berhenti. tapi setakat ni aku tak menyesal taw. At least, aku dapat pengalaman baru. kan3??




okay, sekarang aku nak promote kedai ni


Kedai MAXIS THE ONE MOBILE ada menjual
   
                1. smartphone [ iphone 4S >contract dengan maxis atau body sahaja<, ipad2,blackberry,samsung]


                2. porchbag handphone


                3. case handphone








              4 no maxis dengan plan yang baru  : BAGUS :



              5. moshi moshi


Kadang2 customer ni ada macam2 kerenah. Sebagai seorang staf, kita kena sabar menghadapi mereka. SMILE! satu perkara yang semua pekerja perlu tahu okay.

HAHA. datangla beramai2 untuk memeriahkan kedai ni.

Thursday, 8 March 2012

persembahan yang TERBAIKK

Assalamualaikum semua,

Hari ni, aku nak kongsi dengan kalian semua luahan perasaan tulus dari lubuk hati aku ni. HAHA,. cewah. *sori entry kali ni panjang sikit*Aku rasa sangat gembira  sebab berjaya mencipta kenangan yang terindah bersama-sama mereka, ahli2 BETARIANS.  

Sepanjang 6 minggu mengikuti program ni, aku belajar banyak sangat, belajar menjadi seorang yang matang , belajar untuk menjadi seorang ketua walaupun masih failed tapi yang paling penting aku belajar tentang friendship.

'KAWAN, SEJAUH MANAPUN PERJALANAN HIDUP AKU, TANPA KALIAN , AKU TAK BISA BERGERAK'


masih mecari matlamat diri yang tak pasti

Inilah suka duka kami selama 6 minggu. Terpaksa mengorbankan masa dan waktu demi menjayakan satu persembahan. Kami inginkan yang TERBAIK. *6mac2012takkanpernahkulupakan*.


BULLY! itulah tajuk yang kami pilih sebagai persembahan terakhir sebelum majlis penutup




Practice ! practice dan terus practice! walaupun, kadang2 kita rasa down, tak bersemangat dan malas. tapi kita still tak putus asa kan.

#korang ingat tak time dorang umumkan majlis penutup kena tunda tu, ramai kot yang tak boleh datang kan. time tu korang nangis kan *girls la. HAHA. sedih kan. setiap hari balik lewat, tuptup, tak boleh buat time hari sebenar.

Allah knows everything right. Thanks God for giving us a chance to perform our show



BETARIANS, persembahan kalian sangat best (aku hanya mampu tersenyum)


Ahli keluarga BETARIANS


kamar razali : good job stage manager! lakonan yang spontan.
zack bamna : HAHA, mak aku cakap lakonan kau kelakar. 
amrul azri : kecek kelate sekali + thailand, sawadikapp!! takde rezeki nak belakon masa penutup
syafiq nickhun : jangan pernah membiarkan diri anda menjadi seorang yang NERD Akhirnya, kau berjaya membawa watak utama, tahniah
farah adeliena : tak sangka kau ni pandai berlakon. sangat membanggakan.p/s: jangan jadi devil ye kat luar sana
niramu hoshi : good in menghayati watak. angel yang comey!! cun!!
syada citrus : forever gedikk, takpe i like! rancang event btol2 taw.thanks syg
ieyna rieyna :  good supporter. nasib baik awal2 dulu kau ada, banyak membantu
nurul nadiah : well done syg. sepupuku yang sangat baik , gaya seorang story teller.
ain fatihah : Muka macam ganas, tapi suara manja
liyana yasmin : Sangat pemurah. thanks sbb belanja kami BBQ, syg yana
izzati afiqah : pemalu lettew. HAHAH. Senang2 datang la lagi kedai maxis 
iera qia : semangat giler time speech choir (aku suka)
nur dalila : sori la pasal hari tu (rahsia kita2 je)
mira hashim : thanks sebab jadi driver kami *jangan claim duit minyak ye, HAHA
insyirah takwa: sangat ayu #perempuanmelayuterakhir, suka kawan dengan beliau
arerun langs : technician yang cekap. kau bijak! doctor-to-be(budak star bio)
amir husaini : big changes! bagus2. keep it up.xpayah la jadi pendiam macam dulu, xbest!
wan wmr : good in editing video, aku pun takpandai
gudang garam : aku suka menyakitkan hati kau   HAHA.sori la*nanti kau mesti keluarkan jari yang tengah tu kan. mulut cap ayam, tapi harap2 hati baik la ye
firdaus al-khawarizmi : hey u shheettoopp!! opps sori, just joking
din binjai : tak sabar2 btol balik kemaman. HAHA
hazim ajiem : class rep + reporter
nur elia syaheera : well done , prop manager #bagus2, sangat rajin
nur hidayah : hi, si gadis yang manis*sedang menyanyi (jaguh bowling perempuan)
mazarina azwar : mak saya suka gaya awak jadi ketua speech choir




                   syafiq sebagai budak nerd


devil dan angel


geng kapak!

we have joy and we have fun












Thursday, 16 February 2012

terima kasih MADAM NORA

HAI>>> HELLO

Rasa macam dah lama tak update blog. busy betul sekarang ni. nak uruskan ni la, nak uruskan tu la. tapi semua ni membuatkan saya lebih mature. *wink wink.

First and foremost, ribuan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada madam nora (kami banyak menyusahkan madam) dan kepada mereka yang hadir ke rumah Madam Nora petang tadi? Sape Madam Nora ni? Beliau merupakan lecturer saya untuk program post-spm yang saya join ni.

TO : nurul nadiah, syada citrus, izzati afiqah, athirah, nur liyana yasmin, Iyna Rieyna, Mazarina Azwar, nur elia syaheera, nurul hidayah, amira, insyirah takwa, dalila,  zack bamna, haziem ajiem, arerun  langs, amir husaini, din binjai, syafii nickhun, gudang garam, kamar razali, wan wmr, daus holmes, amrul azri

thanks a lot my friends. walaupun anda semua busy nak pergi driving class dan nak pergi main BOLA< tapi still boleh luangkan masa di rumah madam. hopefully , semua orang enjoy ye. kalau rasa macam ada yang tak puas hati ke, suarakan pada saya yer. Saya tak nak menyusahkan kalian semua.



Tayar kereta madam pancit





KENANGAN di rumah madam nora


semua orang berbeza-beza, mereka ada style masing2 and come from different school. Yet, As long as we can get together, of course we can built a very strong relationship. Kadang2 saya rasa macam takut la plak with what have i done. right or wrong eh? still with question mark.#

saya tahu mereka telah bagi kerjasama yang sangat baik. what's gonna work? TEAMWORK>>> Hopefully, kami semua (group BETA) dapat beri satu performance yang gempak pada hari last program ni. Ala, tak lama pun, lagi 2 minggu je. GOOD LUCK my friends.

#PESANAN PENAJA : ciptalah satu kenangan untuk diingati

tournament badminton

 Assalamualaikum,


hari nie, saya nak kongsi pasal tournament badminton yang saya join baru2 ni. First time, okay! sepanjang jadi student pun tak berani nak masuk tournament. Setahun tu, ada la sekali je main. tu pun main kat rumah je. tak de preparation apa2 pun,,tup.tup, kena paksa rela main sebab takde orang nak wakil kelas saya.


Tapi, HAHA<<< kalah la. tak menang pun. at least i try something new. Malam before game tu, saya xboleh tidur. 2 3 kali pikir. Alahai tak nak main la. mindset awal2 dah cakap aku kalah punye, aku kalah. tengok2..betol2 kalah.nasib la.


Sejak tournament hari tu, saya nak berusaha jadi seorang player.Mungkin agak terlambat, tapi peluang ada di mana2 je kan.