Monday, 30 April 2012

happy birthday BFF

Assalam readers,

esok hari jadi kawan baik aku. nama dia ERRA. oh, semestinya bukan erra fazira. nama penuh dia , Nor Amira Shahira.*x tanya pun kau cah!  okay! fine. biar la. nak bagitahu jugak.

Tak tahu nak bagi hadiah apa. Dia pun takde kat sini. sekarang pun macam susah nak jumpa. LOL, kekeringan idea! jadi, langkah pertamanya. saya buat ni----------------->


HAHA, hodoh giler aku! takpe la. asalkan kreatif

Langkah kedua plak hantar mesej dan kol nanti. mesej tu siap ada background muzik happy birthday lagi taw.    muzik tu saya buat sendiri. main gitar lagu happy birthday. simple je :). nak ambik video, kamera fon plak rosak. so, saya record je la. tapi rugi la, takboleh tengok saya main gitar depan2. kalau tak mesti dia terharu giler.kuikuikui.

Langkah ketiga plak nak buat apa eh? nak bagi hadiah pon dia takde kat sini. belanja topupkah>??? okay. boleh consider idea tu. anymore idea???

Sunday, 29 April 2012

ketagih warna PINK

Assalam readers

sekarang , angkat tangan siapa suka warna pink? waa, ramainya perempuan yang suka pink. same goes to me. I really2 love pink. laki? HAHA, ala nanti orang cakap mamat jambu plak kan. okay la. okay la.

kenapa pink? kenapa x pilih biru ke , hijau ke? mesti kau suka sangat tengok citer barbie nie kan?. sebab tu suka sangat pink. hmmm, xde la...bukan sebab tu

 --------------->sebab pink tu comel. 

---------------->sebab pink tu awesome

-----------------> sebab pink tu ada aura tersendiri


gambar ni ditangkap 2 tahun yang lepas.* fuh, penat jugak nak geledah rumah cari gambar ni


Pernah jugak try beli barang2 warna oren. ceceehh, bajet nak tukar minat la nie. tapi still xboleh. nak jugak kumpul barang warna pink.


this is my stuff and i really love it

kalau korang nak tahu, aku ni seorang gadis kecil yang mempunyai angan2 dan cita-cita yang besar. Aku teringin sangat nak dapat sport car, laptop dan iphone warna pink. Siapa boleh tolong belikan? Aku belanja teh tarik kat kedai mamat depan tu.Memang tak mungkin la kan. sebab tu aku suka berangan angan
 




Jika aku bisa mendapatkannya, alangkah indahnya hidup ini

Saturday, 28 April 2012

blog saya telah direview?

Hai readers

rasa macam 'TER' excited plak apabila blog saya di review oleh cik iylia. siap dapat pujian lagi * kembang hidup 10 inci.  Kalau korang tak caye, bukak la link ni.


ni la tuan empunya blog tu *cik iylia

kiut kan

#sori sangat2.saya curi gambar awak jugak ni



Thanks yer cik iylia. Salam perkenalan :). Ada satu lagi benda yang buat saya excited. followers saya mencecah 100 orang.* LOL, 100 je pun, orang lain dah sampai ribu2 kot. Ala,saya ni pon baru lagi dalam dunia blog ni. baru 4 bulan. banyak lagi yang perlu berlu belajar.

Thursday, 26 April 2012

selembut itukah HATI wanita

kapas itu lembut

putih dan suci..

 sekeping hati wanita juga begitu

mampu memendam seribu makna

mampu menyimpan segunung harapan

rapuhnya seperti kaca


sekali ianya pecah

jangan berani dekat!

kerna dikhuatiri darah yang mengalir

berhati - hati la ketika mengungkap kata

berwaspada la semasa bergurau senda

tanpa disedari

hati mereka terguris

untuk merawat

memerlukan masa dan ketika

percayalah

mungkin tidak ada dendam

cuma terkilan

jagalah sekeping hati ini

dengan sebaik-baiknya


Wednesday, 25 April 2012

cara berjimat di mcdonald

Salam semua,

tadi masa kat mcdonald terfikir idea ni. Ala, mungkin dah ramai kot yang pernah buat tapi mungkin jugak xde orang yang pernah try. So, jangan malu, jangan segan. Jom, kita lakukan penjimatannya sekarang. Sekarang ni kan, semua nak pakai duit. why not kita jadi lebih kreatif?HAHA.

Penjimatan apa? ada makanan free ke? burger free? air? ayam? oh, tidak2. tak mungkin sama sekali. bankrup la mcdonald kalau macam tu. 

habis tu, apa dia?

taaadaaa...


okay, ni la maksud aku. since air berkarbonat ini boleh refill dengan percuma, so tak payah nak gedik2 beli sampai dua tiga la. lepas guna, simpan baik2 bekas ni. then, kalau nak datang mcdonald sekali lagi, letak bekas ni dalam beg dan bawak beg skali.. HAHA, senang dan mudah kan?

Kawan aku dah setuju dengan idea aku nie dan berniat nak try. kalian pulak macam mana?

andai aku boleh mengawal EMOSI ini

Argghh! sakit, awak tahu tak?

sakit apabila ia melibatkan emosi

kenapa mesti emosi ni jugak yang muncul dalam hidupku?

tidak,! saya percaya

bukan saya sorang saja yang mengalaminya

anda, dia, mereka, kalian semua mesti pernah merasainya, kan



mungkin awak nampak saya gembira wahai emosi, tapi sebenarnya saya sedih

mungkin awak nampak saya ketawa, tapi sebenarnya saya menangis

mungkin awak nampak saya ceria, tapi sebenarnya saya marah

saya cuba kawal emosi ni

dan saya masih mencuba

andai saja saya bisa mengawalnya

saya ingin membuatkan orang sekeliling saya ketawa

tapi sayangnya, saya masih gagal

rebah dalam mencari identiti diri






Tuesday, 24 April 2012

interview yayasan terenganu

Assalamualaikum,

seriously, aku rasa interview yayasan terengganu ni sangat mengejut dan berlaku dalam sekelip mata je. Aku dapat mesej kena hadir ujian bertulis ni pada 20 hb . masa ni aku ada kat melaka. nasib baik sempat balik sebelum 23hb. 

First2, ada IQ test. okay! kalau sape2 yang bakal nak ambil IQ test tu, jangan la cuak sangat. try search kat google. quick IQ test or IQ test question. soalan yang diorang bagi tu patternnya sama je. 20 soalan dalam masa 1 jam.

Then, orang tu cakap, aku kena interview esok. 24hb jam 10.30 pagi. fuh, lega sikit. so, boleh la tanya kawan2 yang dah kena interview tu.

it's just like group discussion. panel ada 4 orang. dyeorang tanya soalan pelik2 la bagi aku. tapi nasib baik aku sempat research pasal isu2 semasa ni,  isu bersih dan ptptn (isu hangat yang sedang diperkatakan sekarang). so macam ada la point sikit2 nak jawab. takde la senyap sangat. 

Soalan nie macam merepek gila *Apakah hukum tepuk tangan dalam Islam? Apakah hukum bersin? err. okay! aku senyap kowt time nie sebab tak pernah tahu plak bersin ada hukum. Interview ni fully in malay. tak payah introduce yourself *penat aku berlatih depan cermin semalam,HAHA.. main2 je

So, sekarang ni macam redha gila dan still berharap. Harap2 adalah peluang. Aku tak tahu cara penilaian dyeorg camne. so wait and see. Kalau dapat tu, alhamdulillah la. tapi kalau tak dapat, maybe rezeki aku kat lain kowt.