Thursday 29 March 2012

#cerita : Amy kalah jua dalam perjuangan ini

Amy duduk termenung di bawah sepohon pokok yang rendang bersendirian sambil melihat gelagat sekumpulan pelajar bermain di padangl. lucunya, tibe2 dia mengukir senyuman. Dia rindu saat itu, saat dimana dia dan rakan2 berhempas pulas berlatih sebelum kejohanan berlangsung. Dia sanggup mengabaikan waktu makannya, waktu tidurnya dan waktu rehatnya demi cinta yang mendalam pada sukan tersebut.



Dia ingat lagi, bukan senang untuknya menjadi pemain yang handal, pemain harapan dalam pasukan itu. Dia pernah disingkirkan oleh jurulatihnya suatu masa dulu. Hancur hatinya apabila tidak tersenarai sebagai pemain sofbol yang akan mewakili sekolah. Lebih malang lagi, dia tidak diajak turun trainning.

Dia hanya mampu menangis. tapi sayangnya, tiada siapa yang mendengar esakannya. Hari2 yang mendatang, dia memilih untuk duduk terperap di rumah. Amy sedih =(, Dia masih tak dapat terima kenyataan tu. Dia suka sangat main sofbol tetapi mungkin bukan rezekinya.

Hari berganti hari, pasukan dia menang dalam kejohanan tu. Dia tahu tiada apa yang boleh mengubah kenyataan itu. Setahun kemudian, dia mencuba nasib sekali lagi. Berbekalkan sedikit pengetahuan tentang sukan itu, dia berlatih bersama kawan2nya yang handal. Malu, tapi apakan daya. Dia juga ingin mewakili sekolah.

Sekali lagi dia gagal. Dia gagal!Ya Allah, kecewanya dia. berusaha setiap petang tapi masih tak berjaya. Alasannya kerana pemain sudah cukup. Dia akur dengan keputusan itu.

Setelah hampir 4 tahun menyimpan hasrat untuk bermain sukan itu, akhirnya dia berjaya jua tapi bukan bersama pasukannya yang dulu, dia telah berpindah sekolah setahun yang lalu. Amy menjadi orang harapan dalam pasukannya itu. Gembira!Hanya satu perkataan yang boleh menggambarkan perasaannya ketika itu.

Lebih manis lagi, pasukannya berjaya menempatkan diri ke peringkat negeri. Setelah menang semalam, pasukannya akan memperjuangkan nasib mereka pada hari esok. Tepat pukul 5 ptg, mereka turun latihan seperti biasa untuk memantapkan persembahan. Amy berlatih bersungguh sungguh.

Prammppp>< argghh! Amy mengerang kesakitan. Dia tak dapat bergerak, lututnya sakit sangat. Malang tidak berbau, kawannya yang berlari untuk sampai ke 'first base' itu terlanggarnya ketika dia cuba untuk melompat menyambut bola. Hanya air mata yang membasahi pipinya. Dia tidak berdaya untuk menahan kesakitan itu, dia pitam.

Keesokan harinya, dia tidak dapat bermain lagi.Dia hanya mampu menangis melihat kawan sepasukannya menggantikan posisinya yang selama ini tidak ada orang pernah cuba. Amy pasrah .DIa tak menyalahkan sesiapa pun, Ini tahun terakhirnya, tapi dia kalah jua dalam perjuangan yang dia usaha selama ini =(

No comments:

Post a Comment